28 July 2012

Ramadhan

Assalamualaikum!

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang indah lagi suci ni, cerita yang paling famous and ramai nak dengar of course lha pasal kenangan-kenangan lama time puasa ye tak? It's imposible kalau korang cakap yang korang x de pengalaman puasa time kecik-kecik atau korang dah lupe dengan kenangan tu. Dalam banyak-banyak pengalaman dalam hidup ni, pengalaman time kecik lha yang paling best dan paling diingati kau tahu? Nak tahu cerita Isha? scroll lha kebawah. x kan tu pun nak kene nak ajar lagi dato' datin sekalian :)

#Sahur
FYI, Isha ni rajin sangat tau puasa time kekecik. Isha mula belajar puasa time darjah satu. Hari first nak puasa tu kan, punye lah semangat ohh bangun sahur. Tapi ni first-first je lha dalam seminggu puasa macam gitu. Lepas je seminggu, punye lha liat nak bangun tidur untuk sahur. Tapi Isha kene paksa dengan parents Isha sebab kalau x sahur nanti x dapat puasa penuh. So, terpaksa lha bangun jugak untuk sahur. Lagi satu, Mama Ina (Isha punye mama) selalu cakap, 1 hari puasa dapat 1 hinggit. So time kekecik puasa sebab duit je lha. ye lha, kecik lagi mana tahu dosa pahala, niat betul salah. Kecik-kecik lagi dah jadi mata duitan, acano ni woi? Tapi bile dah tiba raya, duit tetap dapat lebih jugak. berganda-ganda tau! Puasa x puasa, duit dapat jugak. Turun naik ikut status ekomoni. Ewah!  Bile dah besar ni, bangun sahur memang jarang *kurang pahala sunat* Acah acah dah kuat lha katekan sampai x payah sahur. Kat sekolah punye lha hyperactive gelak sini sana, tapi bile dah petang, dying!

#Ponteng puasa
Bile sebut puasa, ponteng puasa ni memang soulmate dye. Satu hari tu, Isha balik dari sekolah then tekak ni memang rasa haus betul. Padahal x de haus mana pun, saje nak jadikan excuse nak ponteng puasa. Balik je dari sekolah tu, terus senyap-senyap pergi dapur buka peti ais. Memang nikmat lha kan merasa kesejukan peti ais tu. Bodek-bodek cari air sesedap, tuang kat cawan. Time nak minum ni yang paling best. Kepala toleh kiri kanan acah acah nak masuk medan perang, padahal memang sah-sah x de orang kat situ at that time. Minum dengan pelahapnye sampai tersedak tahu! Tersedak tu rase dye mengalahkan tercekik tulang ayam. Memang ohsem gile rasanye. tu lha, kalau niat dah salah, Memang x menjadi kalau nak buat. Sekarang ni Isha dah besar, dah x buat keje cenggini lagi. Puasa pun InsyaAllah penuh. Readers ni pun sama, jangan ngengada nak ponteng ponteng puasa lagi, sedar lha yang diri tu bukan kecil lagi. Dah akil baligh pun :p

#Terawih
Benda sunat ni datang sekali setahun je. tu pun sebulan. Sebulan tu bukan lama mana, benda baik selalunya berlalu dengan pantas. Kalau terawih ni x pernah buat, baik awak awak semua ni pergi bawak bertaubat sekarang, Sekarang jugak ambil wuduk, solat terawih. Solat terawih lebih afdal kalau korang buat kat surau atau masjid. macam Isha, surau sebelah rumah je. Tu pun x selalu pergi > , < " 

#Buka
Bila dah puasa selama 12 jam, waktu paling dinanti mesti lha buka. Yang first time puasa mesti buka dye makanannye ohsem ohsem! Then makan sampai perut tu dah x boleh nak expand lagi dah. Buka biasanye makan xbanyak, minum je yang over. Ada sesetengah orang tu, lepas je baca doa buka puasa terus dye bantai 5 gelas air pelbagai perisa dan warna. Nak makan, perut tu dah x tau nak sumbat kat mana dah kau punya makanan tu. Sebab tu lha boleh buncit, banyak sangat minum air.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, banyak banyak kan lha buat amal ibadah ye. bertaubat cukup cukup. Bulan Ramadhan ni pun bukan sekadar puasa tahan lapar dan dahaga je, kena lha tahan daripada cakap benda bukan bukan, tahan mata daripada tengok bende yang tidak tidak dan perkara perkara yang sewaktu dengannye lha. kbye!

Selamat berpuasa!
Sentiasa menghayati bulan Ramadhan kali ini seperti Ramadhan yang terakhir buat kite :) 

Ikhlas daripada, 
Farisha     

Like this entry? Leave your comment and share it!

Elegant Rose