31 December 2012

New Year's eve

Assalamualaikum!


This is the second post. Did y’alls done read the last post. Go check it out now. Click here. Seperti biasa, bila tangan isha nie dah menari nari tango di keyboard. Mesti akan ada post baru. Lama x update tu pun sebab x dapat nak online. :) rasanya dah x perlu bebel bebel lagi, let’s read the story.
Nampak tajuk kat atas tu kan? Nampak tak? Nampak tak? Haha, okay nie namanya cari pasal. Mestilah korang nampak kan.. As everybody know, kalau korang x tau memang parah lah even adik isha yg x sekolah lagi tu pun tau yang esok New year. New year? Esok? Amagad! Esok adalah hari penuaan ku.. haha, acah je cuak tu.
#What's New Year for you?
New year for me mestilah segalanya ‘New’. New age, New challenge, New car, New phone, New house, New husband/boyfriend. Okay stop that ‘new’, nie dah over. Haha, beringat sikit bila nak semua ‘new’ tu. Untuk yang playboy/playgirl tu, kau nak awek baru, pakwe baru, silakan.. xde siapa nak halang. Cuma kena lha beringat, zaman sekarang nie Allah bayar balik cash je atau dalam bahasa lain nya KARMA. Jangan nanti korang dah jumpa cinta sejati korang, (ecewaaaah, cinta sejati gitu) jangan menyesal pulak kalau dipermainkan. Eh, apa hubungan new year and players nie? Saudara mungkin o.O haha, okay lari topik sikit. Apa salahnya kan, sekali sekala :3 New year this time pulak agak berbeza untuk isha sebab isha dah Form 3. Form 3 dah kau isha, x payah perasan kecik sangat. And, Form 3 ada apa? Cuba teka. Siapa jawab betul, dapat RM 1. Apa? Apa? Haa, lambat lha korang. Mentang mentang dapat RM1 je, x nak jawab ye.  Form 3 mestilah ada PMR. PMR? Peh, cepatnya lha masa. Time Form 1 Form 2 dulu boleh lha cakap “PMR? Apa tu? Siapa tu? Maaf lha, aq x kenal lha” sekarang kalau cakap macam tu, menyesal weyh seumur hidup.
#What’s plan on new year?
Haa, nie soalan pebret (favourite). Kalau on twitter tu, kat TL semua dah start cakap cakap pasal new year pergi mana, buat apa, dengan siapa. Memang jealous betul lha bila ada yang kata new year pergi sini lha, sana lha, sambut dengan bf/gf lha.. wa jealous lu tau! Ye lha, isha new year pergi rumah Papa Rahman kesayangan, tengok bunga api kat tv, ngadap lappy, sambut dengan family kesayangan. But not bad kan? At least isha ada family, sambut ngan family daripada mereka tu perg dataran merdeka, tengok konsert, countdown reramai, tengok bunga api reramai. Elehhhh, isha sambut ngan family. I think that’s better dari korang tau! Haktuihh! I’ll never waste even a second to spend time with my family! Ecewahhhh, cakap je labih tapi dalam hati…… jealous teramat!
#How’s your 2012?
Awesome yaww! So far, 2012 lha tahun yang paling awesome in my life. Should I list the awesomeness? (ntah betul tidak isha eja tu. Ah, bantaikan aje! Broken engish) perlu ke? #PerluKe yes, perlu. X payah mengeluh, x nak baca sudah. Anda dengan segala hormat nya boleh blah dari blog nie. -..-                 
                1. I’m part of the craziest class in SMK Meru! My classmates are so awesome like me, of course! Haha. They’re always sporting, full of sense of humour and the important thing is… they’re so childish. They never take averything serious! Yang penting, kami baik. Sangaaaatt baik. ;p love them so much much. Broken English sekali lagi.
                2. The next thing is I met someone so special in this year. So special. I never taught he would be so special to me. It’s HIM! Who’s him? You must knew who is he if you’ve done read this. It’s Mohamad Faiez Firdaus tu lha encik cik tuan puan dato’ datin sekalian :) (H)e (I)s (M)ine. Take a note! Haha, okay. Ini sakai + membatak namanya. But I’m so glad for met him.
                3. Masih ingat tentang kiamat pada 12/12/12 atau 21/12/12? Hahahaha, that’s so funny mayans. Tanda-tanda kiamat pun x muncul lagi dah pepandai kau kata tarikh tu kiamat. What’s your problem mayans? Ink habis ke nak buat kalendar tu? I can’t stop laughing to the person that believe  that stupid rumor. xD
                4. Next thing is….. dah lha. Nanti entry nie jadi panjang sangat and korang pun x sanggup nak baca lagi :)
I think that’s all for this year. This is the last entry of the last day, on the last hour, on the last minute, on the last second for 2012. Memang semua nak last kan.. Then, let’s countdown with me!
10 9 → 8 → 7 → 6 → 5 → 4 → 3 2 → 1
Happy New Year! Selamat Tahun Baru! Semakin tua lha kamu! Haha :D

Hope this year is better than the last year for y’all! Be a so much more better person in this year okay? Hari ini mestilah lebih baik dari semalam dan esok mestilah lebik baik hari ini. Lastly, don’t forget to share your new year experience with me! Leave your link! Bye bye. Tatatititutu :)
        Yang sudah tua,
    Farisha    

Like this entry? Leave your comment and share it!

Jamuan 2 Cekal



Assalamualaikum!

Apa khabar wahai readers sekalian? Lama kan isha x update blog nie.. hehe, blog nie dah berbulan-bulan tersadai di pulau apa isha x tahu. Rindu isha x semua? Mesti rindu kan? Haha. Kay, perasan sekejap. Sorry ye kepada yang always tunggu isha update. (macam ada je) Isha rasa dah boleh stop bebel x tentu pasal and go straight to the point. Let’s start the story :) Scroll down babe, x perlu diajar lagi rasanya..


 Title kat atas tu isha rasa dah cukup buat korang faham apa yang isha akan cerita malam nie. So, bye. Gudnite ← kalau betul isha buat cam nie, memang dah cukup pakej nak menerima satu flying kick daripada semua readers. Haha just kidding okay :D 

Actually, benda nie.. eh jap.’ Benda’? Ah bantai! X kan nak letak ‘peristiwa’ (dramatic sangat), ‘perkara’ (macam buat karangan bm pulak). Then bantai je ah, BENDA. Okay, continue please. Actually, benda nie dah lama jadi. Dalam bulan November. Itu hanya jamuan akhir tahun yang normal yang semua budak sekolah pernah dan akan alami. Kalau dah pernah alami tu, pepaham je lha apa yang jadi kan. Isha malas nak cerita :p Kalau dah nama jamuan mesti lha ada makan. Dan itu je lha satu satunya aktiviti yang ada. So not interesting. Yang x pernah ada jamuan kelas tu pulak (kesian korang), satu hari nanti korang tau lha macam mana rasanya.

Actually (sekali lagi), isha bukan nak cerita pasal jamuan tu in this entry. Isha nak share kat korang pasal classmates isha yang awesome and make my day. Dah ready? Okay then. Ready, Get set, Go! Jelas kelihatan betapa excited nya isha nak cerita kat korang kan. Hihi :3

My gang satu kepala 

Nur Aina Safi. She’s one of my bestfriend. Dye nie boleh tahan kesengalan dan kegilaan nya. Kalau duduk sebelah dye dalam kelas, confirm hidup x aman. Dye nie suka cari pasal ngan isha. Time belajar especially. Bila time isha nak focus, dye pun mulakan lha agenda dye tersendiri. Agenda dye, kacau isha, nyanyi lagu pebret(favourite) isha dan membuat kan isha join dye sekali, the worst thing she could do is menyampaikan gosip first class yang bukan kaki gosip pun x dapat nak elak. Can’t you see how mean she is? Tapi bila dye nak focus pulak, it’s time for balas dendam! Mwahahaha *evil laugh* x ke kejam kitorang berdua nie? Haha. Even how mean she is, I still love her.
Naziatul Najieha. Akak hawwtt nie. Jangan nak berani kacau dye. X memasal nanti kakiku dimukamu kau kena! X boleh dinafikan lagi yang dye nie memang cantik. That’s why she’s hot! She also one of the top student in class.
Nabila Huda. Huhu, budak comel nie. She’s so nice. X boleh tahan kalau tengok kecomelan dye. Dye nie sedang berusaha untuk naik as top student in class. Tapi kalau ngan dye nie kena hati-hati jugak. Dye nie kuat terasa and kuat merajuk kay. Kalau nak dye, kena belajar nak jaga hati dye dulu. :)

The boys
Untuk ringkaskan dan memendekkan panjang post nie, isha akan bahagikan dyorang dalam beberapa group. Nama group confirm pepelik. Haha :D

#TrioSengal (Aizad, Haziq, Adam) rasa nak tergelak x baca nama group tu? Kahkah xD dyorang bertiga nie kalau sehari x cari pasal, x buat lawak, x annoying, memang satu hari akan hambar. Hambar gilaa weyh. Since Form 1 dyorang nie memang rapat. Aizad nie selalu flip hair dye, tau lha rambut tu cantik lebat. Dye nie nampak  je pemalu tapi…….. X payah cakap lha. Adam nie pulak perangai and muka ada ala ala Nabil Raja Lawak (in my eyes). Haziq pulak… em. Kalau tadi Aizad suka flip hair, kalau haziq flip hair isha x tau jadi apa. Rambut dye pendek, x boleh nak flip. Haha. The best moment dyorang boleh buat is mengajuk orang. X boleh berhenti gelak kalau dyorang ajuk orang lain. @AizadRockstar @HaziqHafizAzmat @AdmHabri
#TopStudentInClass (Luqman & Firdaus) kalau dah nama top student, memang x perlu rasanya isha cerita lebih. Semua confirm dah faham perangai dyorang cemana kan. Cuma Firdaus nie amat amatlah tersangat annoyed orang nya. Every time dye mula berbicara (ecewahhh tatabahasa x nak kalah ;p ), rasa nak bagi flying kick je. Untung isha nie sopan orang nya *muntah pelangi*. Xde lha dye kena penendang.
#TheUnnamedGroup (the else yang nama x dimention di atas) sebab apa group nie unnamed? Sebab isha sendiri pun x tahu nak describe dyorang nie cemana perangai. Hehe :3

The Girls

Syazwani Atiqah. Walawey budak comey lagi sorang nie. Melting kalau tengok dye. Isha yang sejenis ngan dye nie pun boleh melting tau! Okay, ini dah over. Gurau je. She’s cute, smart, sporting, friendly. Dah lha putih. Wahai wanie, izinkan aq mencubit pipi tembam mu setiap hari pada pukul 10 pagi. Haha :D @Syazwani_Atiqah
Aisyah. One of my competitors. Dye nie pandai tau. 24/7 buku ditangan. Isha pun sampai pening tengok dye asyik baca buku je. Pening mengalahkan orang yang baca buku. 

The other girls yang isha x mention nie bukan sebab apa pun. Isha x rapat sangat ngan dyorang. So x tau menau sangat lha pasal dyorang :) sikit je isha boleh describe kat dyorang. Yang penting dyorang nie semua baik, sopan, dan sangat comel :) kira sesuai lha kalau nak buat calaon bini ke, menantu ke. Huhu :p

The last one, Mohamad Faiez Firdaus. Rasanya x perlu cerita banyak pasal budak nie. Haha, you can read about him in my last post. Click here.

That’s all for my awesome classmates. Maybe dyorang x awesome dimata korang tapi dyorang nie tersangat lha awesome dimata dan dihati isha. Love them always! Rasa geli gak sebenarnya bila cakap love love nie. Dah macam isha berscandle ngan satu kelas. Kahkah xD bye.

Note: Tonight this blog gonna have 2 new post sebab dah lama x update kan? This is the first one, and for the next post y’all must wait for it :)

Like this entry? Leave your comment and share it!

4 August 2012

Permainan tradisional time zaman batu

Assalamualaikum!

Tajuk entry memang kasi gempak bukan? *dalam kepala korang* "Isha ni dah hidup dari zaman batu ke?" "Dah berapa abad dia hidup kat atas muka bumi ni?" okay okay, stop it. Actually malam ni just nak cerita about kenangan Isha time kekecik. *macam sekarang dah besar je* Cerita zaman kekecik tapi history dia punya lha panjang sampai zaman batu sana. Rileks dude, just scroll down and read it!

Sebenarnya x pernah terfikir pun nak buat entry ni tapi lepas je classmates Isha yang lelaki pergi play a game called 'nombor ekor', Isha terus teringat game game yang pernah Isha play time kekecik dulu. Dengar nama memang rasa macam nak rejam je mereka mereka yang play game ni kan? But diorang kata ni yang halal punya. Banyak lha korang punya halal, dah nama pun nombor ekor, sah sah haram. Isha pun x faham apa motif diorang play game ni. Nak cerita pasal benda ni pun dah sampai 1/5 entry. dah dah, nanti kita story story kat entry lain kayy?


#Police and thief
Game ni memang yang top 3 lha time kekecik dulu. Yang x tahu game ni better korang tanya adek adek korang cepat sebelum Isha campak korang kat tingkat 13. Disebabkan kecik dulu pelat pelat lagi kan, so Isha bukannya sebut polis-en-tif tapi pergi menyusahkan diri sebut polis-en-tri. Annoyed je bunyi dia. Bile dieja, boleh jadi 'police entry' or 'police and tree'. kejadah ape polis nak main dengan pokok? lulz *Roll on the floor* 

#Mak-mak dan yang sewaktu dengannya
Haha, game ni serius funny + omey je. Mana x omey nye, kekecik lagi dah ada family sendiri, dah jadi parents, dah pandai bagi makan kat family *yang biasanya menggunakan jajan*, even yang jadi parents pun dah pandai pergi balik kerja. Matured bukan pemikirannya? lulz~ Tapi bila dah besar ni, nampak bebudak main benda ni macam..."teringin sangat nak ada family ye dik?" Padahal dulu everyday main. Kalau main game ni Isha suka jadi adik sebab Isha x de kakak atau abang, teringin sangat nak ada sorang! Then bila dah lama lama asyik main benda sama je mesti boring right? Kitorang pun try try lha new game like masak-masak *kekecik dah nampak bakat jadi masterchef* dan kahwin-kahwin. kahwin-kahwin ni biasanya main time ada kenduri kahwin lha. kan ada pelamin tu, tumpang bersanding sekali kot kot jodoh awal ke kan, pengalaman dah ada. xD

#Baling selipar
Game ni ramai budak lelaki je yang selalu main. Yang x kenal game ni sila angkat tangan, meh cikgu nak ajar. Senang je main game ni, kau ambek 3 selipar yang berat dia ala ala sama, kalau boleh kau timbang siap siap. Then kau buat bentuk piramid. x boleh guna selipar yang lain lain berat tau, nanti nak buat piramid, x jadi. Lepas ni sape sape yang rasa nak try main, bukak je blog ni, belajar. Bila dah besar ni dah x main sebab dah pandai fikir, kotor tau selipar tu padahal dulu main sampai x ingat dunia. Kekadang tu pakej halang daripada mata ni nampak bebudak play game ni. Eii, *suara gedik* kotor lha selipar tu, entah entah dah terpijak pelbagai spesis haiwan punya najis ke, kau nak main jugak. Entah entah orang punya pun kau dah bantai pijak sekali. Tapi kalau zaman batu dulu diorang main baling batu, setiap hari ada pertumpahan darah.

#Sep sep tom tom
Nak je tukar namanya jadi 'Sep sep Mak cik Tom'. Game ni basic lha korang kena tahu sebelum korang main game bertepuk tepuk yang lain. First first dulu main lagu tepuk amai amai je. Hits tau lagu ni dulu, 30 minggu dalam carta ERA. Sekarang ni dah macam macam dah game tepuk-tepuk ni. Kalau nak list memang sampai esok pun x habis entry ni. *untung sampai esok je*

So dah tau apa yang si Pesah ni main time kekecik? Isha rasa game game yang Isha main ni dah agak moden kot time tu. ye lha kan, dulu ada yang main baling tin, layang-layang, congkak, batu seremban dan banyak lagi lha. Banyak lagi game yang Isha main time kecik kecik tapi x perlu lha senarai semua kan? Buat penat korang baca je. so, kalau ada pape pertanyaan, nah *hulur tangan* here's my number, just call me maybe?


Diceloteh oleh,
Farisha  

Like this entry? Leave your comment and share it!

29 July 2012

Tips untuk belajar

Assalamualaikum!

Malam ni Isha nak story about cara Isha study kat rumah. Isha tau, ramai peminat-peminat Isha *acah acah* akan tanye "macam mana kau study kat rumah selalu?" bile Isha dah dapat result exam. Selalu Isha akan jawab "no comment" kan? Tapi hari ni Isha nak reveal kan secret tu :) Let's get started *keluar lagu yang Jibam selalu nyanyi kat Oh My English* 

#Mood
Ni antara faktor penting sebelum korang nak start study. Korang kena pastikan yang korang mesti berada dalam mood study. Ada mood, baru boleh study. Kalau korang ni jenis yang malas macam beruang kutub tu untuk study tapi gigihkan jugak diri untuk study, jangan buat! Kalau korang study jugak, korang x akan dapat ape ape selain penat je. Sebab bile korang x de mood nak study, mesti korang bace je tapi x paham satu ape pun kan. Korang x kan ambil note, x kan nampak apa yang penting. Tapi bile tetiba korang ada mood nak study, semangat dye lain tau. Korang akan prepare macam macam sebelum korang mula study. Korang akan pastikan semuanya complete supaya x ada apa yang dapat kacau korang nak study. Tips ni hanya untuk orang yang malas study macam Isha.Tapi kalau untuk study yang perlu banyak membaca macam sejarah, rajin rajin baca ye! Untuk someone yang dah selalu study and dah sebati dating dengan buku tiap tiap hari, x kan jadi masalah kat dyorang.

#Kelas
Sebelum kelas...
Sebelum kelas nak start ataupun malam sebelum kelas *suggestion, malam sebelum kelas*, korang study lha sikit sikit atau paling malas pun baca lha note sikit. Korang baca mana yang korang target cikgu tu nak ajar esok. Walaupun korang x paham apa yang korang baca malam tu, sekurang kurangnya ada lha yang dah masuk kat dalam kepala korang tu sebelum nak masuk kelas. x de lha kepala korang tu kosong and just harap cikgu korang suap. Bile cikgu korang explain, x de lha korang tercengang macam kawan kawan korang yang lain, ada lha jugak muka muka pelik korang tu cuba nak faham apa yang dibaca malam tadi. Ataupun, kalau tetiba cikgu korang nak mengajar guna buku latihan, korang boleh lha buat muka langsi korang dengan jawab setuap soalan yang cikgu korang tanye. Isha jamin, classmates korang confem rasa macam nak rejam korang ramai ramai sebab x bagi dyorang chance untuk jawab soalan tu jugak. Semua soalan korang conquer. So boleh lha korang tunjuk berlagak depan korang punye classmates *evil laugh*
Dalam kelas... 
Fokus dalam kelas. ye, awak awak yang malas study macam Isha ni kena lha fokus seratus peratus dalam kelas. Sebab bile korang dah fokus dalam kelas, semua korang akan dapat dan setiap butir yang cikgu korang cakap akan terus melekat kat dalam otak. Bile dah melekat kat otak, x payah lha korang menyusahkan diri lagi nak study balik kat rumah. Semuanya korang dah dapat and faham kat sekolah tadi. Balik rumah boleh tidur awal for nak bangun sahur esok pagi. Lepas tu, korang kena lha ringan ringan kan mulut tu nak bertanya. Jangan jadi bodoh sombong. dah x tau, berlagak pulak tu. X payah malu malu nak tanye sebab classmates korang tu pun bukan nya faham sangat pun. Dyorang pun x faham dan malu nak tanye. 

#Solat
Yang wajib jangan ditinggal. Kalau solat pun banyak tinggal tinggal, macam mana Allah tu nak permudahkan kita untuk belajar? Lagi pun sekarang ni kan bulan Ramadhan, doa korang lebih mujarab tau! Banyak banyakkan lha berdoa ye. Korang doa lha semoga dipermudahkan untuk belajar. Kalau boleh korang berdoa untuk cikgu korang sekali, lebih berkat ilmu yang dyorang dah curahkan kat korang. Dengan cikgu pun jangan jadi kurang ajar, hormat guru. Doa guru buat pelajar dye InsyaAllah akan termakbul tau. Hati hati lha dengan cikgu cikgu korang. Dibuat nye cikgu korang dah betul betul sakit hati ngan korang sampai dyorang dah doa macam macam, taubat lha korang bebanyak.

Semua tips tips yang Isha dah bagi kat atas ni, jangan follow kalau rasa macam x matching ngan korang. Korang kena lha jugak kenal diri sendiri, macam mana cara korang nak study. semua orang lain lain cara dye nak pandai. Tips yang Isha bagi ni hanya lha apa yang Isha biasa buat and just nak share ngan korang. Sharing is caring. Nanti kalau Isha dah jumpa cara baru nak study dan lebih berkesan, Isha share lagi. kbye!

Stop pushing yourself because it may driving you nuts!

Officially by,   
Farisha    

Like this entry? Leave your comment and share it!

28 July 2012

Ramadhan

Assalamualaikum!

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang indah lagi suci ni, cerita yang paling famous and ramai nak dengar of course lha pasal kenangan-kenangan lama time puasa ye tak? It's imposible kalau korang cakap yang korang x de pengalaman puasa time kecik-kecik atau korang dah lupe dengan kenangan tu. Dalam banyak-banyak pengalaman dalam hidup ni, pengalaman time kecik lha yang paling best dan paling diingati kau tahu? Nak tahu cerita Isha? scroll lha kebawah. x kan tu pun nak kene nak ajar lagi dato' datin sekalian :)

#Sahur
FYI, Isha ni rajin sangat tau puasa time kekecik. Isha mula belajar puasa time darjah satu. Hari first nak puasa tu kan, punye lah semangat ohh bangun sahur. Tapi ni first-first je lha dalam seminggu puasa macam gitu. Lepas je seminggu, punye lha liat nak bangun tidur untuk sahur. Tapi Isha kene paksa dengan parents Isha sebab kalau x sahur nanti x dapat puasa penuh. So, terpaksa lha bangun jugak untuk sahur. Lagi satu, Mama Ina (Isha punye mama) selalu cakap, 1 hari puasa dapat 1 hinggit. So time kekecik puasa sebab duit je lha. ye lha, kecik lagi mana tahu dosa pahala, niat betul salah. Kecik-kecik lagi dah jadi mata duitan, acano ni woi? Tapi bile dah tiba raya, duit tetap dapat lebih jugak. berganda-ganda tau! Puasa x puasa, duit dapat jugak. Turun naik ikut status ekomoni. Ewah!  Bile dah besar ni, bangun sahur memang jarang *kurang pahala sunat* Acah acah dah kuat lha katekan sampai x payah sahur. Kat sekolah punye lha hyperactive gelak sini sana, tapi bile dah petang, dying!

#Ponteng puasa
Bile sebut puasa, ponteng puasa ni memang soulmate dye. Satu hari tu, Isha balik dari sekolah then tekak ni memang rasa haus betul. Padahal x de haus mana pun, saje nak jadikan excuse nak ponteng puasa. Balik je dari sekolah tu, terus senyap-senyap pergi dapur buka peti ais. Memang nikmat lha kan merasa kesejukan peti ais tu. Bodek-bodek cari air sesedap, tuang kat cawan. Time nak minum ni yang paling best. Kepala toleh kiri kanan acah acah nak masuk medan perang, padahal memang sah-sah x de orang kat situ at that time. Minum dengan pelahapnye sampai tersedak tahu! Tersedak tu rase dye mengalahkan tercekik tulang ayam. Memang ohsem gile rasanye. tu lha, kalau niat dah salah, Memang x menjadi kalau nak buat. Sekarang ni Isha dah besar, dah x buat keje cenggini lagi. Puasa pun InsyaAllah penuh. Readers ni pun sama, jangan ngengada nak ponteng ponteng puasa lagi, sedar lha yang diri tu bukan kecil lagi. Dah akil baligh pun :p

#Terawih
Benda sunat ni datang sekali setahun je. tu pun sebulan. Sebulan tu bukan lama mana, benda baik selalunya berlalu dengan pantas. Kalau terawih ni x pernah buat, baik awak awak semua ni pergi bawak bertaubat sekarang, Sekarang jugak ambil wuduk, solat terawih. Solat terawih lebih afdal kalau korang buat kat surau atau masjid. macam Isha, surau sebelah rumah je. Tu pun x selalu pergi > , < " 

#Buka
Bila dah puasa selama 12 jam, waktu paling dinanti mesti lha buka. Yang first time puasa mesti buka dye makanannye ohsem ohsem! Then makan sampai perut tu dah x boleh nak expand lagi dah. Buka biasanye makan xbanyak, minum je yang over. Ada sesetengah orang tu, lepas je baca doa buka puasa terus dye bantai 5 gelas air pelbagai perisa dan warna. Nak makan, perut tu dah x tau nak sumbat kat mana dah kau punya makanan tu. Sebab tu lha boleh buncit, banyak sangat minum air.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, banyak banyak kan lha buat amal ibadah ye. bertaubat cukup cukup. Bulan Ramadhan ni pun bukan sekadar puasa tahan lapar dan dahaga je, kena lha tahan daripada cakap benda bukan bukan, tahan mata daripada tengok bende yang tidak tidak dan perkara perkara yang sewaktu dengannye lha. kbye!

Selamat berpuasa!
Sentiasa menghayati bulan Ramadhan kali ini seperti Ramadhan yang terakhir buat kite :) 

Ikhlas daripada, 
Farisha     

Like this entry? Leave your comment and share it!

21 July 2012

The stupid side of me :')

Assalamualaikum!

Tiada siapa yang perfect dalam dunia ini. Setiap orang pasti ada kelemahan yang tersendiri. *pehal ayat skema semacam ni?* Isha sendiri pun ada kelemahan. Isha ni jenis someone yang suke memendam. Isha tahu yang memendam ni x elok, nanti boleh jadi parah. But, this is me :) Sebab ni lha ramai kengkawan Isha x sedar yang Isha betul-betul sayang diorang. Kalau Isha memang dah x sanggup nak memendam lagi dah, Isha HANYA akan luahkan at belog-budak-nakal (my blog). Just like my last post. 
I admit it, I have a bestfriend called, EGO. Selalunya, selepas orang tu dah pergi, dah x de kat depan mata, baru lha Isha ni terkedek-kedek nak luah yang Isha ni rindu dye lha, sayang dye lha, macam-macam lagi lha. *nampak kelembapan saya?* Kelembapan Isha dah sama macam internet kat rumah Isha. Belum sempat nak upgrade, ekonomi melecet sikit :) Isha jarang luahkan secara berdepan or on-the-phone. Tapi disebabkan blog ni x selalu buka, Isha luahkan kat Faiez je lha :) But now, Isha nak luahkan sikit perasaan Isha *terbuka hati* pada...........


she AGAIN? *dari semalam asik sebut AGAIN je* yes, she again. This is because she remind me of our moment together. Yesterday, just after she read my entry, she has update a status at 'facekedebuk' about us. 

her status update:
AKU SAYANG DIA!! sampai sekarang aku masih ingat dia,. dia banyak mengajar erti kehidupan,.. aku ingat lagi,.. soalan yang pernah dia tanye, "kenapa kita ni boleh jadi bestfriend? " and i replied, "entah".. and her answer is,. "sebab kita tak sama otak"........ then, she said,. "kalau kita sama otak,. mesti susah,.. kalau kita bergaduh, memang susah nak baik"... selama ni aku jealous bila tengok dia rapat dengan orang lain,.. and kadang2 aku rasa dia mcm tak perlukan aku, and aku tak pernah sangka yang selama ni, dia sayang aku,.. and now i'm crying because of her.. just because of her -> Nur Farisha.. * kau tau tak berapa helai tisu yang aku amik dari tadi?* harap dapat jumpa kau lagi... ♥

Nampak x ayat "Kalau kite sama otak mesti susah, kalau kite bergaduh, memang susah nak baik" Sweet bukan ayat ni? Isha pun x tahulah macam mane boleh jadi sejiwang itu time tu :) Seriously, lepas je Isha bace status ni, Isha terus masuk bilik, kunci pintu, main gitar sambil nangis. *dari semalam menangis x sudah* She said that she's jealous when she see me with other person. Haaa, meh sini aku nak cakap sikit. *jadi kasar sikit* Kau ingat aq x jealous bile tengok kau ngan membe-membe kau yang lain? aq ni kuat cemburu tau orangnye *muntah pelangi* Kau lagi lha, siap pakej ade geng lagi. x payah nak buat muke pelik kau tu, meh sini aq tunjuk geng 08 mane yang aq jealous sangat ni.

  Wa jealous sia tengok pic ni. Korang dah lha siap ade anniversary lagi. Pakej! 

Now nampak betapa seksanya memendam rasa ni? Isha x cakap kat dye yang Isha jealous sebab Isha tahu yang dye ada hak untuk berkawan dengan orang lain. Dye bukan nye bini Isha pun sampai Isha nak halang dye berkawan dengan orang lain. Everyone need their own social life. Now Isha dah lega sikit lepas dah luah semua ni. Perasaan yang sudah terkubur hampir nak reput dah pun ni, dapat Isha korek balik, luah kat sini.

Dye ni salah seorang bestfriend Isha. Tapi antara Isha with Lysaa berbeza dengan Isha with Iza. Isha & Iza x sama kepala, Iza positif, Isha negatif. Isha nakal, Iza baik *antara sebab Isha selalu buli Iza* Tapi Iza selalu sabar je ngan Isha. Isha & Lysaa pulak, kitorang sama kepala, Isha mengong Lysaa mengong, Isha sengal Lysaa lagi sengal! :) Tapi disebabkan kitorang ni sama kepala, Isha x selalu dapat nak buli dye sebab nanti Isha yang kene balik. Haritu kan, Faiez x datang sekolah then Isha cakap kat dye,

Isha : Lysaa, Faiez x datang hari ni. Sedih ahh, x dapat nak tengok dye menggila macam selalu :(
Lysaa : Kau nak aq buat ape? Kau nak aq pinjam motor cikgu Ahmad, pergi rumah dye cakap,   "Assalamualaikum makcik, Faiez ade x? Suruh dye pergi sekolah sekarang, ade yang rindu dye ni!" macam tu? *muke serious*
Together : *laughing*

Lysaa x macam Iza, dye selalu dengan Isha je. Kitorang x pernah menjauh. Kalau time rehat, kitorang mesti selalu berdua mengalahkan couple! Kalau korang nak cari Isha, cari Lysaa dulu, mesti jumpe Isha. Perwatakan *macam nak belajar KOMSAS* Lysaa agak kasar macam lelaki sikit. Sikit je lha. Tapi dye selalu manje bile dengan Isha :) Tahap kesengalan dye ni boleh lha tahan jugak. Pernah sekali tu, ade ke patut dye suruh Isha bayangkan "Macam mane kalau Puan Hasnah (pengetua SMK Meru) jadi nenek kau?" Lysaa, kau dah parah! 
Lysaa, aq nak cakap sikit sebelum terlambat. Aq nak kau tahu yang aq selalu sayang kau dan kalau boleh nak tinggal sebumbung dengan kau supaya kite boleh selalu bersama :')

Minah ni lagi lha unik nye masalah! Dye classmate Isha. Kalau nak kate dye ni sengal macam Isha, tidak. Tapi Bile Shuib Speaking London, *Kau ingat kelakar ke bende ni?* Eh! salah-salah. Bile kitorang sesama, kitorang boleh jadi an extraordinary partner. Safi ni jugak adalah salah seorang daripada mangsa buli Isha. Korang, Isha nak cerita ni, pernah sekali tu Isha ngan Safi boleh pulak bergaduh disebabkan cermin! Nak kate Isha childish? Silakan sebab memang Isha childish pun :p Isha ngan Safi pun pernah nyanyi lagu Yuna sampai dok joget-joget kat dalam kelas tu! Kalau boleh, Isha nak je bawak camera and rakam kerenah kitorang setiap hari ~> upload kat youtube ~> 10, 000, 000 viewers. *angkat-angkat kening* Walaupun Isha selalu buli dye, dye tetap sabar je macam Iza.  Safi ni pun banyak nangis macam Iza lagi.
Safi, walaupun aq selalu buli kau, sakat kau, perdajjal kau, aq minta maaf sangat-sangat. Aq buli kau pun x de sampai buat kau nangis kan? Sekurang-kurangnye aq tahu kau happy bile aq buli kau :) Aq sayang kau!

That's all Isha nak luahkan untuk hari ni. Nampak kan betapa indahnya hidup ade kawan? Jangan berani korang cakap yang korang boleh bertahan tanpa kawan sebab x lame pun korang bertahan! Untuk tiga orang yang namanye disebutkan diatas, Isha bukannye nak banding-bandingkan korang tapi Isha bangga dapat kawan-kawan yang extraordinary macam korang. Korang semua ade keunikan sendiri. Sekarang semua dah tahu the stupid side of Isha, so jangan berani korang nak suruh Isha cakap yang Isha sayang korang. Just wanna remind you again, Isha saaaaaaaaayanggggg semua kengkawan Isha! kbye!

We can't proof love with just saying 'I love you'. Sometime mouth can lie to us.
Just keep your love in your heart and hoping that the person you love can see it :)

Si Jiwang,   
Farisha 

Like this entry? Leave your comment and share it!

20 July 2012

someone that I miss

Assalamualaikum!

nampak tajuk di atas? ya, Isha tengah rindu someone ni. Nope, kali ni Isha bukan nak cerita yang Isha rindu Faiez. Today I wanna story-morry about someone that has left me here alone without any word. Benda ni jadi lama dulu. At first, memang lha ade rase bengang jauh di dalam lubuk hati di sudut yang paling dalam bile Isha tahu yang dye nak pergi. Orang yang kite sayang-sayang selama ni tetiba pergi macam tu je, x bagitahu kite. Isha tahu pun lepas Isha dok stalk-2 blog dye. Tapi lama-kelamaan, Isha dapat terima yang dye sekarang dah jauh dari Isha sekarang and I have to find someone new to replace her. but don't worry, you always there in my heart :')

2010
Setiap persahabatan pasti ada permulaan dan persahabatan kitorang bermule as a classmate. Ya, she's my classmate. Selepas dah 6 tahun sekolah, baru lha jumpe minah sorang ni. She's a beautiful girl inside and outside. Tapi takkan lha baru je jadi classmate, terus upgrade jadi bestfriend. Mesti ada kisah disebaliknye ye tak? Time darjah 6 ni, Isha dapat tahu yang dye ni tengah couple with a hot guy in school. so, kalau dah couple pun dengan budak hot sekolah, mesti berita akan tersebar satu sekolah dan sampai ke telinga Isha. Isha ni memang jenis budak yang suke mengena-ngenakan orang, perli-memerli dan perkara-perkara yang sewaktu dengannye :) Disebabkan dye ni pretty and clever, Isha macam segan sikit nak bertegur dengan dye ni. Tetiba ditambahkan perisanya lagi dengan couple with budak hot, lagilah.... And one day, Isha x tahu lha kenapa Isha macam berani sikit haritu untuk tego dye. Tapi, Isha mulekan dengan memerli dye about she and her boyfriend lha of course. The conclusion is, our friendship start with PERLIAN. Mule daripada situ lha kitorang jadi rapat and kalau boleh asyik nak berdua je. Time cuti hujung tahun, I've got her phone number and we start texting. Kitorang mule story about our life, our problem and everything about us, we share it together. *terbayang-bayang masa lampau* Since that, on-the-spot I've listed her as my bestfriend in my heart :') Hanye dengan perkenalan selama beberapa bulan, you're my bestfriend now. So easy right?

2011
Kite same-same naik sekolah menengah. Dan sejarah berulang kembali, we're classmate again! But maybe jodoh x rapat sangat, Isha kene tukar kelas :'( Nampak x? Jodoh kami semakin menjauh pergi. Tapi kitorang still berkawan rapat, malah lebih rapat lagi. Kitorang selalu rehat sesama, makan makanan yang sama, happy sesama, solat sesama and everything we do it together. But we don't cry together sebab dye je yang banyak crying, Isha selalu lha kene pujuk dye. Yes, I must be strong for her. Alangkah indahnya dunia time tu. Tapi langit tidak selalu cerah, mendung pasti datang menjenguk. Dye dapat tawaran untuk masuk ke sekolah lain and dye terima tawaran tu. Hari terakhir dye kat sekolah, guess what? I'm crying! For the first time in my life, I'm showing the weak side of me at her. When she left, I've tried my best to hide my sadness infront of the others but I can't. I need her by my side. 4 hari selepas itu, Farina (her classmate) tell me that someone wanna meet me in her class. I just follow her with so many question in my head sebab x pernah pun budak kelas dye pernah panggil Isha. Bile sampai je kat kelas tu, memang terkejut gile abah lha kan. That girl was sitting on a chair lepak-ing with her classmate. Isha pun join sekali lepak. Nampaknya Allah masih beri peluang untuk jodoh kitorang dan Allah Maha Mengetahui yang Isha masih belum bersedia untuk tinggalkan dye :')

2 Januari 2012
I read her blog. Isha dapat tahu yang dye nak pindah sekolah AGAIN. She said she could not tell me that news and she just hoping that I read her blog. She make me cried AGAIN and hati Isha memang remuk habis macam baru lepas kene gilis dengan treler *menunjukkan memang betul-betul hancur* sebab sampai hati dye x bagitahu Isha. Tapi disebabkan ini kali kedua Isha alaminya, Isha berjaya laluinya dengan tabah.

And now, Isha dapat menerima kenyataan yang dye dah jauh dari Isha. Isha dah lame x jumpe dye. Texting pun kadang-kadang sebab dye duduk kat hostel. Isha pun dah jumpe dua orang yang dapat kembalikan Isha macam dulu lagi. See that? Isha perlukan DUA orang untuk menggantikan dye SEORANG. Tapi keadaan x macam dulu, sebab setiap orang ada keunikan tersendiri. I can't lie myself with saying "I can live without her" because I can't live without her. I need a long time to stand up and move on.
The person that I miss is my bestfriend, Nur Izzah Fahira binti Hazidi. Yes Izah, I miss you. I really miss you right now. I hope you're here, infront of me, smile at me and saying that you miss me too. I don't know why but this feeling just come all of a sudden, make me remember our moment together and making me throw some tears for you for the third time!
Remember Izah, you're the one that make me cry and make me smile at the same time. You're the one that teach me the meaning of regret, sadness, happiness, love and life. Walau kita berjauhan, kite tetap berkawan lagi kan Izah? No one can replace you in my heart :)

Jangan senang-senang buang suatu persabatan kerana bukan mudah untuk membinanya 

Hanya tinggal kenangan

Yang sedang merindui, 
Farisha       

Like this entry? Leave your comment and share it!

8 July 2012

Seribu satu sebab saye cintakan awak

Bace tajuk entry je aku tau korang conferm dah muntah darah sampai kering badan korang x de darah. Kalau dah x sanggup nak bace, x payah bace lagi dah. okayy, let's get start! *gelek mengalahkan Inul*

Awak awak, haritu awak tanye saye kann, 'Nape awak suke saye?' tapi saya x reply text tuh sebab saye tertidur lha. hehe, chowwy ye awak >____< eleh, suke je, tajuk entry nak kasi gempak Biase lha tu, budak-budak. Suke = Cinta. eh? okayy-2, berbalik pada tajuk. Disebabkan x berbalas text hari tu, kene lha reply dengan yang lagi grand ye tak? eceh, grand gitu. Nampak ni awak? Package dye buat entry kat blog lagi.

#Baik
Semua orang mesti suke yang baik. Sama lha jugak macam saya awak.Sebenarnye awak, dah lama saya dok perhatikan awak dari hari ke hari. Senang cerita, setiap hari. tapi dalam baikbaik awak ni punn, still ade naughty nye jugak. Budak naughty ni comel tau awak, macam saye. *muke penuh tembikai nam biji* Berani korang nak baling tembikai kat aq eh? aq report kat dye nanti~~ gedik ohh! Jangan berhenti jadi baik ye awak?

#You make me smile
Awak, saye nak bagitahu ni yang awak selalu buat saye tersenyum + tergelak. Untuk pengetahuan awak, awak ni kelakar sangat orang nye tau wak. Bile saya rasa sedih je kann, mesti saya curi-curi tengok kerenah awak time dalam kelas. Setiap perkara yang awak buat akan buat saye tersenyum sorang-sorang sampai Safi pun dah malas nak layan. Saye ingat lagi moment awak jadi Shah Rukh Khan, moment awak jadi Genji x pasal-2 kat depan kelas. Walaupun maybe awak x ingat, saye selalu ingat tau awak. Lagipun, kalau tengok muke awak je pun saya dah happy sampai nak menari ballet awak tahu. ye lha, awak kan handsome ^_____^  Bile saye sedih, awak buat saye happy. Bile saye x de mood, awak buat saye ade mood balik. Bile saye happy, awak buat saye sedih. eh? yang last tu saye tipu je. jangan ambik hati ye?

#The number one for you
Awak selalu bagitahu saye yang saye ni 1st love awak. Ewah, 1st love gitu. saye appreciate sangat tau awak. tapi, saye tidak terlalu mengharap untuk menjadi the 1st one, but saye lebih mengharap to be the last. ye lha kan, awak pun tahu yang awak bukan lha orang 1st untuk saye. tapi saye akan cube sedaya upaya saye untuk jadikan awak orang terakhir dalam hati saye. Orang kate, kalau dah jodoh x kemana. Awak lari lha ke Somalia ke, Mongolia ke, yang penting kite tetap bersama tau wak. Ewah.

#Awak pencuri hati saya
Actually kan wak, dari last year lagi awak dah curi sebahagian daripada hati saya. tapi last year awak macam malumalu lagi. baru nak sesuai kan diri lha katekan. so saye x menaruh harapan yang terlalu besar terhadap awak. Start daripada this year lha awak ngan saye mule borak-borak, gelak-gelak. Tapi kite borak pun pasal orang lain, bukan pasal kite masing-masing. Sebenarnye daripada situ lha saye dah pandai jealous-jealous ngan awak tau. Tapi saye simpan je sebab masa tu awak bukan milik saye dan saye pun x de hak nak jealous-jealous kat awak. And finally, one day saye sedar yang awak dah curi seluruh hati saye. Saye happy sangat bile perasaan yang dah tersimpan selama setahun ni, berbalas juge. hewheww :3

Walaupun tajuk entry ni 'seribu satu sebab', saye hanye mampu bagi awak empat sebab je. Memadai lha tu kan wak :) Last one awak, jangan pernah terfikir untuk menjadi orang lain sebab menjadi diri awak sendiri adalah yang terbaik di mata saye. Ingat ye awak, Just be yourself. That will make me love you more. Kbye!

Cinta itu Anugerah, tak semua orang boleh memilikinya.
Jadi hargailah cinta sebagaimana awak hargai diri awak sendiri.

Note : This entry is credited to Faiez

Always comel, 
Farisha  

Like this entry? Leave your comment and share it!

Elegant Rose